20 Aug 2011

MENCARI LAILATUL QADAR

LAILATUL QADAR merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ia dibuktikan seperti firman Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadr. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu sahaja. Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis daripada Abu Hurairah bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu".

Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil. Dia menyembunyikan wali-wali agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitu juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatul qadar sahaja. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Disebabkan mengejar kelebihan lailatul qadar yang tidak kita ketahui masanya yang tertentu, kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali.

Daripada Hazrat Aishah r.anha beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada bilangan hari yang ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan".
Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh hari terakhir Ramadhan bermula malam ke-21 dan ini adalah umum samada bulan itu mengandungi 29 hari ataupun 30 hari. Dari perkiraan ini berdasarkan hadis di atas, pencarian lailatul qadar hendaklah dilakukan pada malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya bulan itu mengandungi 29 hari pun maka malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis antaranya, Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya "Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). Diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa baginda telah bersabda : "Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tanda matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu".

Ketahuilah apabila tiba lailatul qadar Allah swt akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas Ka'abah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Dua daripada sayap itu tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang ang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat, "Sekarang pulanglah!." Para malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah keperluan orang beriman di kalangan umat Muhammad saw?" Beliau akan menjawab, "Allah swt telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia". Maka para malaikat pun bertanya, "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Baginda saw bersabda, "Lelaki yang berterusan minum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silaturrahim dan musyahin". Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah musyahin itu?" Baginda saw menjawab, "Dia ialah musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan".



Ibu !

• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN,MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATU HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.
 

19 Aug 2011

Mish meyh.

Assalamualaikum. Hai :-)

Puase tak ? Aku puase !  Sape sape yang tak puase tu die tak comey lahhh. :-P hehe , so kalau nak comey esok kena puase taw. HAHA 


 Aku dalam keadaan yang tak berape nak sehat niyh. demam lah pulak time time puase cemni. haduyaiii. dah lame tak meng-update belog then aku nak citer lah satu mende nih. hehe , pengetua baru sekolah aku dah ade belog dah. haish , die nak jugak buat sumer niyh. haha , tapi bagus jugak sebab banyak info yang aku patut taw exspecially student tech jazz aku tuh. Bile nampak je takwim sekolah aku tersentap kejap sebab nampak perkataan TRIAL SPM kat situ. The words make me crazy la. mengikut takwim sekolah tu maybe 12 sept and after raye tu. huh , tapi takpe la. berjuang untuk masa depan. haha , last exam haritu resultnyerrr kurang memuaskan la. then , lepas niyh dah trial. so, rase macam agak shock jugak lah en. tapi aku akan try the best lah untuk spm tahun niyh. gp sekolah 3.80 , so , takde yang mustahil dalam dunie ni en. Don't worry. kalau kite tak berjaye sekarang pun kite akan dapat kejayaannye next time. Allah tu Maha Adil :-)

Sorry la sebab post entry kali niyh pendek sangattt . dah tak tahan niyh. nak kena makan ubat then tidur. lagipun esok ade banyak kerja nak kena buat even aku demam. huh , takpelah. boleh dapat duet raye and pahala lebih. haha , betowl en?
Before that , tengok lah belog pengetua niyh. Sajew nak promote belog die niyh. HAHA http://jasinbest.blogspot.com/

6 Aug 2011

Proud of him !

Assalammualaikum . Hai semua :)



Dup dap dup dap trial spm makin dekat peperiksaan spm pun makin dekat. Aku taktau ape nak buat dah. Macam caye tak caye je dah nak habes sekolah. Haish , taknak lahhh habes sekolah nanti rindu geng , rindu cikgu , rindu warden tercinta , rindu sekolah , rindu aspuri and rindu pakmak guard kat sekolah tu. hehehe , Setiap kali balik mak mesti tanye dah sedia ? nak jadi ape nanti ? addmath , physic , chemistry macamane ? huh , jenuh nak jawab bhaiiii. Kalau ade mesin perancang mase depan en senang. hahaha !
Abang aku sorang dah lepas. Hari isnin ni he will be an electrical engineer. Aku rase macam sebak jugak lahhh sebab die dapat kerja kat KL and kadang kadang tak tentu. Tapi he's lucky la sebab ade jugak rumah kawan die yang die boleh tumpang kat sane kejap :) hehehehe . Hajat die nak jadi engineer dah tercapai .



Ehem ehem. Kejap kejap . Sebelum tu abang aku yang lagi sorang will be mechanical engineer soon :) fuhhh ! semua terer terer ni amacam bhaiii ? Aku cakap dengan mak nak jadi engineer jugak lahhh ikut jejak abang abang. basic pun dah past en so boleh lahhh. Tapi mak straight bagi aku jelingan yang tajam. Aku terus pergi bilik tenung syiling rumah.


 Lepas bukak puase relax relax kejap. Lepastu bajet berani nak tanye mak lpsni nak amek ape. Lepastu mak cakap ikut kata hati. Aku pun rase aku macam tak berape nak yakin kalau amek civil engineering tu. Tapi lepastu mak aku bagi cadangan ape kate jadi lecturer. Aku jawab okay not bad jugak tuh. Lagipun aku ni banyak cakap jugak.


Then , aku pun tanye kalau amek lecturer bahagian engineer boleh ? Mak aku pun cakap boleh ! yeaaahhhhhh! Dah dapat green light. Mak aku pelik sangat kenape aku mesti nak pilih kerjaye yang mesti ade engineer. haha , dah minat nak buat macammane mak. hehehehehe , Niat hati ni jeles dengan abang aku sebab die dah berjaye en. Hidup die aman , tenteram and suke giler sekarang. Aku pandang dari jauh jelaa.

Memang selame ni pun abang aku tu yang berjaye dulu. Mak selalu puji die. Aku akan cakap "yelahhh....semuanyeee Mizannnn...." Tapi bile dah besar ni agak kurang jeles sikit lahhh. Haritu aku mintak ajar addmath tapi buat buat lupe. huh, hampeh ! tau la terer. At least aku bangge la dapat abang macam die tu. Lepasnie , dah takde sape la yang nak manje manje dengan aku lagi. Dah la nak contact susah.

Anyway, aku harap die tak lupe diri. Jangan sesekali tinggal solat. Ingat semua pesan mak :) Jangan lupe adek abang lagi. Jap, nape tetibe nada cam sedih ? haha , takde lahhh. Nanti boleh la kau belanje miera :) haha :P Okayyy , mase untuk bodek abang aku. hehehehehe , sukenyeeewwww :) Kbye ! 

31 Jul 2011

Akak !


Assalamualaikum. Hai  :D

Gambar kat atas tu nak tau tak sape yang bagi ? pakwe !? hmmm. mane ade pakwe maa. bukan pakwe la tapi my soul sister :) Her name is Alfiera Anuar. Aku rase aku pernah story kowt dulu. hehe, takpe. kalau tak kenal lagi click je Alfiera Anuar okayyy. Aku pown tak bape nak tau ape motif die bagi gambar ni. Maybe rindu kowttt. Takpun sayang aku kowttt. Takpun nak pujowk aku sebab aku merajowk dengan die hari tuh. haha, Bluweeekkkk ! Padan muke. Tu laa... sape suruh buat jahat dengan maira. ceh., haha.

Eh jap2 die text aku ni. haha, ni hah pesanan die :

Deb.. Goodluck 4 trial. Do your best n Allah will do the rest. InsyaAllah.. Xmo noty2, ingt Allah, solat jangan tggl. N especially selamat menunaikan ibadah puase ramadhan. Miss u. B-)

Heh, adeh ! Si keding ni selalu buat aku macam budak kecik larh. Aku tau sume tu. Dah bape kali die nak pesan. haha, tapi pesanan die kali ni buat aku macam nak nanges larh. Taktau sebab ape. Maybe sebab exam is around the corner kowttt. hehe, Pape pown thanksss keding ! haha, maira ingat pesanan tuh selalu. Love you and miss you jugakkk ! Muahhhxxx100x... Ade mase kite jumpe okay.. Jangan lupe bawak abg arab sekali. Abg arab nak jumpe maira tu. hahahahah ! Jgn jelessss... Kbye ! wassalammm....